Surface Duo 2 Akan Dilengkapi Cip Mercu Tahun Ini Untuk Mengelakkan Kesilapan Lalu

Diterbitkan pada Jun 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft Surface Duo dilancarkan tahun lalu dan secara automatik menjadi peranti paling mengecewakan dihasilkan kerana gagal memenuhi janji. Ia sekadar menggunakan Snapdragon 855 sedangkan peranti mercu lain menggunakan Snapdragon 865. Kameranya juga tidak setanding peranti mercu lain serta bingkai kacanya rapuh. Tahu ini Surface Duo 2 akan menggunakan spesifikasi lebih baik bagi memastikan pisang tidak berbuah dua kali.

Menurut laporan Windows Central, Surface Duo 2 telahpun dibangunkan menggunakan nama kod Codenamed Zeta. Cip Snapdragon 888 yang berkuasa dan kamera yang lebih baik. Microsoft akan mengekalkan rekaan dwi-skrin dan bukan skrin boleh lipat seperti Galaxy Fold. Peranti ini mungkin akan dilancarkan sekitar September dan mungkin tahun ini akan ditawarkan terus ke pasaran global.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami