Moto G Stylus 5G Dilancarkan – Sokong Cip Snapdragon 480, Kamera Utama 48MP, Stylus Terbina

Diterbitkan pada Jun 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Motorola mengemaskini rangkaian peranti pintar keluarannya dengan sebuah lagi model baharu dikenali sebagai Moto G Stylus 5G. Daripada aspek luaran, ia menampilkan rekaan fizikal cukup berbeza dengan versi 4G yang diumumkan tempoh hari. Bukan itu sahaja malahan aspek dalaman turut memperlihatkan beberapa perbezaan ketara – misalnya seperti penggunaan cip Snapdragon 480, bateri lebih besar dan lain-lain.

Untuk spesifikasi khusus, Motorola Moto G Stylus 5G dibekalkan skrin bersaiz 6.8-inci LTPS dengan resolusi FHD+ (1080×2400). Selain daripada cip Snapdragon 480, ia juga dipadankan dengan memori 6GB RAM, storan dalaman 256GB dna bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 10W.

Bersama-sama dengannya, ia juga menampilkan sokongan kuad-kamera dengan sensor utama 48-Megapixel. Seterusnya, ia diikuti dengan tiga lain sensor lain yang terdiri dengan 8-Megapixel (Ultra-lebar) + 5-Megapixel (Makro) + 2-Megapixel (kedalaman). Kamera hadapan pula adalah sebesar 16-Megapixel. Spesifikasi lain termasuk – rangkaian 5G terbina, bicu audio 3.5mm, port sambungan USB-C, Android 11 dan lain-lain. Untuk harga, Motorola Moto G Stylus 5G dijual pada $399 (~RM1,642) untuk sebuah.

Sumber : Motorola US

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami