Cari @ Amanz

Apple Dilaporkan Akan Memulakan Bayaran Langganan Untuk Podcast Pada 15 Jun Ini

Oleh Nazrin

Link Copied!

Tidak lama dahulu, kami ada melaporkan bahawa Apple akan memulakan bayaran langganan untuk podcast pada bulan Mei, tetapi keputusan tersebut nampaknya telah ditunda atas sebab-sebab tertentu.

Kini, The Verge telah melaporkan bahawa mereka akan memulakan pelan langganan untuk podcast ini pada 15 Jun kelak secara global setelah mereka menyelesaikan pelbagai isu latar belakang berkaitan sistem langganan untuk podcast tersebut.

Sebelum ini, apabila Apple mula memperkenalkan sistem langganan tersebut, nampaknya ramai pencipta podcast telah menghantar maklumbalas keluhan tentang bagaimana muat-naik podcast mereka ditunda, analisa pengguna yang kurang tepat dan sebagainya.

Apple dilihat memperkenalkan perkhidmatan langganan podcast ini khususnya untuk menandingi Spotify, dimana pendengar-pendengar tegar melanggani rangkaian-rangkaian podcast tertentu untuk mendapatkan kandungan lebih awal daripada orang lain dan mendengar podcast-podcast ini tanpa gangguan iklan dan sebagainya.


Komen ()