Huawei MateBook D 15 (2021) Versi Intel-Core i3 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM2599

Diterbitkan pada Jun 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seiring pengenalan Huawei MatePad Pro dengan HarmonyOS, jenama ini turut menawarkan Huawei MateBook D15 (2021) yang dikuasakan dengan Intel Core i3. Ia sekaligus menjadi penawaran terkini di bawah rangkaian berkenaan – sekaligus menyertai Huawei MateBook D15 (i5) yang diumumkan tempoh hari.

Bagi yang berminat, ia ditawarkan pada harga RM2,599 untuk sebuah dan hanya terhad pada satu pilihan warna sahaja iaitu Mystic Silver. Sesi pra-tempahan telah dibuka bermula hari ini sehingga 17 Jun depan. Menariknya di sini, setiap pembelian akan disertakan dengan sejumlah hadiah percuma menarik bernilai sehingga RM498 – yang terdiri dengan Huawei Backpack dan Huawei Bluetooth Mouse.

Untuk spesifikasi khusus, komputer riba ini menggunakan paparan bersaiz 15.6-inci dengan resolusi 1920 x 1080 piksel. Seterusnya, ia juga dipadankan dengan CPU Intel Core i3-10110U, cip grafik Intel UHD Graphics 620, memori 8GB RAM dan storan 256GB. Di samping itu, ia juga dilengkapi bateri 42Wh, sokongan WiFi 5.0, perisian Windows 10 Home Edition dan banyak lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami