Starlink Turut Akan Menawarkan Perkhidmatan Internet Untuk Kapal Terbang

Diterbitkan pada Jun 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Starlink ialah perkhidmatan Internet menggunakan satelit oleh SpaceX. Pada awalnya perkhidmatan ini dilancarkan bagi menawarkan perkhidmatan Internet ke kawasan terpencil yang tidak mampu menikmati Internet jalur lebar. Tetapi kini menurut laporan Business Insider, Starlink turut akan ditawarkan untuk kapal terbang.

Ini disahkan sendiri oleh Jonathan Hofeller, timbalan presiden Starlink. Menurut beliau Starlink kini dalam perbincangan dengan beberapa syarikat penerbangan bagi menawarkan perkhidmatan Internet kepada penumpang. Kerana ia berasaskan satelit, apabila kesemua 42,000 satelit Starlink lengkap dilancarkan kelak ia mampu menawarkan perkhidmatan ke seluruh permukaan dunia pada kelajuan mencecah 100 Mbps.

Pesaing mereka mungkin UltraAir yang sedang dibangunkan oleh Airbus dengan penawaran Internet sehingga beberapa Gigabit sesaat menerusi sambungan satelit dan laser.

Sumber Business Insider

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami