Xiaomi sebelum ini telah memperkenalkan teknologi pengecasan pantas mereka, membolehkan pengecasan dilakukan selaju 200W secara berwayar – sekaligus membolehkan pengecasan penuh peranti dilakukan dalam tempoh hanya 8 minit.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2021/05/Xiaomi-Laju-950x534.jpg)
Apa pun, teknologi ini turut hadir dengan salah satu kekurangan tersendiri – dimana ia mendegradasi hayat bateri peranti dengan lebih pantas.
Melalui soal-jawab, Xiaomi mengatakan setelah 800 kitaran pengecasan, kapasiti bateri dilihat mencapai sekitar lebih 80% sahaja.
Secara kasar, 800 kitaran pengecasan adalah untuk tempoh dua tahun lamanya. Apa pun, dengan kapasiti bateri sekitar 80%, maka ia memberikan petanda yang mana bateri berkapasiti 4000mAh akan mencapai hanya sekitar 3200mAh apabila menggunakan pengecas 200W selama dua tahun lamanya.
Apa pun, Xiaomi turut menekankan yang mana mengikut piawaian di China, kapasiti bateri perlu sekitar 60% selepas 400 kitaran pengecasan – dimana teknologi baharu Xiaomi ini mematuhi piawaian berkenaan, dan menawarkan prestasi lebih baik.
Untuk perbandingan, teknologi pengecasan 125W oleh Oppo turut membawa kepada kesan sama – sekitar 80% selepas 800 kitaran pengecasan.
Jadi untuk anda, adakah anda akan memilih waktu pengecasan lebih pantas, atau kitaran hayat bateri lebih lama?