FoodPanda Menghadapi Masalah Teknikal – Tidak Boleh Digunakan Sementara
June 11, 2021
Aplikasi
Aman
Lanjutan daripada masalah melibatkan sistem pembayaran, kini FoodPanda dilihat turut menghadapi masalah teknikal yang membuatkan pengguna tidak boleh menggunakan terus perkhidmatan berkenaan.
Ini sekaligus membuatkan pengguna tidak boleh melakukan pesanan melaluinya.

Pada masa yang sama, masalah ini turut membawa kepada pelbagai penghantar makanan dibawah FoodPanda tidak dapat bekerja seperti kebiasaan.
Buat masa ini, tiada sebarang latar masa diberikan untuk masalah teknikal ini diselesaikan. Memandangkan waktu operasi restoran hanya sehingga 8 malam ketika tempoh PKP ini, maka kita mungkin dapat melihat ia kembali beroperasi seperti biasa, esok.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.