Windows 11 Dijangka Menyertakan Sokongan Aplikasi Android

Diterbitkan pada Jun 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft sedia menjadualkan acara pada 24 Jun 2021 kelak, dimana pelbagai spekulasi membawa kepada Microsoft akan memperkenalkan sistem operasi Windows 11.

Selari dengannya, sistem operasi generasi baharu berkenaan dijangka membawakan sejumlah ciri baharu. Terbaru, melalui perubahan log pada Windows Subsytem for Linux GUI, ia memperlihatkan dua perubahan log memfokuskan kepada Android.

Ia dilihat Microsoft seperti sedang mengoptimasikan sistem pelagak bagi memudahkan aplikasi Android dapat dijalankan pada tetingkap dalam Windows. Perubahan dan sokongan terhadap aplikasi Android pada Windows sedia kita dengar sejak beberapa bulan lepas, dan ia mungkin direalisasikan pada Windows 11 tidak lama lagi.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah sokongan keseluruhan aplikasi Android pada Windows akan beroperasi – memandangkan ada sebahagian yang memerlukan sokongan Google Play Store.

Apa pun, langkah ini mungkin akan mengembirakan ramai pengguna – terutamanya yang kini lebih bergantung kepada aplikasi mudah-alih dengan lebih banyak berbanding aplikasi desktop.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami