Cari @ Amanz

Sebelum ini kami melaporkan Microsoft mungkin akan menyokong aplikasi Android secara terbina pada Windows 10. Nampaknya ini mungkin akan semakin hampir menjadi realiti dalam jangka masa terdekat. Menurut Windows Central, Microsoft sedang membangunkan sokongan aplikasi Android menerusi Project Latte.

Sokongan dipercayai akan diberikan menerusi Windows Subsystem for Linux (WSL). Aplikasi Android akan dapat dijalankan dalam sistem operasi Windows 10 tanpa perlu melakukan perubahan besar pada kod. Ini satu lagi usaha Microsoft untuk menyokong aplikasi Android. Hanya empat tahun lalu Project Astoria dengan kemampuan yang sama telah dibatalkan.

Sokongan aplikasi Android dalam Windows 10 hanya boleh dilakukan pengguna peranti Samsung tahun hadapan menerusi aplikasi Your Phone. Project Latte akan memberikan sokongan terus tanpa aplikasi perantara dan peranti Samsung. Ia hadir tepat pada waktunya dengan Apple mula menyokong aplikasi iOS terus dari dalam macOS Big Sur serta cip Apple M1 mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd