iPad Mini Baharu Dijangka Hadir Dengan Sokongan USB-C

Diterbitkan pada Jun 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple sedia diperkatakan bakal melancarkan iPad Mini mereka tidak lama lagi. Sebelum ini, kita sedia mendengar yang mana iPad Mini akan hadir dengan rekaan nirbingkai, selain turut tidak lagi menyertakan butang Home pada panel hadapan.

Sebaliknya, Apple dijangka  mengintegrasikan sokongan Touch ID pada butang kuasa yang diposisikan pada bahagian tepi peranti.

Selari dengannya, kini hadir laporan baru melalui Jon Prosser, mengatakan iPad Mini akan beralih kepada penggunaan port berasaskan USB-C menggantikan Lightning yang digunakan selama ini.

Disamping itu, iPad Mini juga dijangka hadir dengan sokongan Apple A14, dan mungkin turut menyokong Apple Pencil.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan untuk pengenalan iPad Mini baharu ini lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami