Foxconn Membeli Pegangan 5% Pada Syarikat Malaysia Dengan Nilai RM108 Juta – DNeX

Diterbitkan pada Jun 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti dilaporkan sebelum ini, kini secara rasminya pihak Foxconn yang terkenal sebagai pengeluar untuk peranti Apple, kini telah pun membeli pegangan sebanyak 5.03% pada Dagang NeXchange Bhd (DNeX) pada nilai RM108 juta.

Dengan pegangan ini, ia sekaligus memberikan pegangan secara tidak langsung pada syarikat SilTerra, dimana DNeX memegang 60% sahamnya. Ia diperkatakan Foxconn lebih berminat dengan SilTerra berbanding dengan perniagaan teras DNeX itu sendiri.

SilTerra merupakan salah satu pengeluar semikonduktor, dan memfokuskan pengeluaran cip berspesfikasi rendah. Dengan permintaan untuk semikonduktor makin meningkat, tidak mustahil firma semikonduktor berpusat di Kulim berkenaan akan menerima permintaan tinggi.

Dengan pelaburan pada DNeX ini, Foxconn dikatakan akan bekerjasama dengan pihak DNeX dalam arena semikonduktor dan juga perniagaan kenderaan elektrik.

Foxconn juga dilaporkan akan terus melihat kepada peluang pelaburan di rantau ASEAN lanjutan daripada ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami