Cari @ Amanz

Sebelum ini rekaan Apple Beats Studio Buds tertiris dalam jumlah yang kecil dan hanya dari beberapa sudut. Hari ini WinFuture sekali lagi menjadi laman yang meniriskan rekaan peranti baharu yang belum dilancarkan dari kesemua sudut. Ia mengesahkan rekaan tanpa tangkai, pada sesentuh dan penggunaan USB-C pada port pengecasan.

Pod pengecas Apple Beats Studio Buds adalah berbentuk bujur dengan bahagian sisi yang rata. Sebuah port pengecasan USB-C diletakkan pada bahagian bawah. Apabila pod pengecs dibuka, dapat dilihat butang untuk tambahan bluetooth pada bahagian dalam. Berbeza dengan AirPods yang meletakkannya di bahagian luar.

Putik audio Apple Beats Studio Buds tidak mempunyai tangkai yang panjang. Sebaliknya sisinya yang berkilat memberikan petanda ia akan dilengkapi pada sesentuh pada kedua-dua putik. Rekaan dalam telinga digunakan dengan hujung silikon. Berdasarkan imej yang tertiris, Apple Beats Studio Buds akan ditawarkan dalam warna merah, hitam dan putih.

Dengan pelancarannya kelak, Beats nampaknya masih bernyawa walaupun sebelum ini muncul laporan ia akan dihentikan bagi memberi laluan kepada produk AirPods.

Sumber Winfuture

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd