TNG eWallet Menambah Ciri Alipay+ Rewards – Tawar RM1 Untuk Semua

Diterbitkan pada Jun 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Touch n Go eWallet kini nampaknya telah menambah ciri ganjaran, dinamakan Alipay+ Rewards. Ciri ini kini sudah boleh diakses oleh sejumlah pengguna melalui menu akses pantas A+ Rewards pada halaman utama aplikasi berkenaan.

Untuk makluman, Alipay sedia mempunyai pegangan minoriti pada Touch ’n Go eWallet, dan integrasi A+ Rewards ini membolehkan para pengguna tempatan menikmati sejumlah ganjaran yang disediakan pihak Alipay, TNG, dan pelbagai peruncit dan penjual tempatan.

Selari dengan pengenalan ciri ini, Alipay+ Rewards menawarkan beberapa ganjaran kepada pengguna tempatan. Yang pertama adalah kod tebusan RM1 untuk semua pengguna yang boleh ditebus melaluinya, disamping kod tebusan RM5 yang diberikan secara terhad pada pukul 12 tengah hari untuk tempoh terhad.

Bagi anda yang menggunakan Touch n Go eWallet, boleh ke halaman A+ Rewards pada aplikasi anda, dan melakukan tebusan melaluinya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami