Microsoft Akan Menawarkan Peti Sejuk Mini Xbox Pada Penghujung Tahun Ini

Diterbitkan pada Jun 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft sebelum ini sedia merealisasikan meme Xbox Series X, sekaligus hadir dengan peti sejuk dengan rekaan seumpama Xbox – serta menawarkan ia kepada beberapa pihak terpilih.

Lanjutan daripada itu, kini pada acara E3 2021, Microsoft turut mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan peti sejuk bersaiz mini dengan rekaan seumpama Xbox Series-X pada penghujung tahun ini.

Xbox Mini Fridge

Xbox Mini Fridge ini dikatakan sebagai “peti sejuk paling berkuasa” – dan dilihat sebagai sebahagian daripada bentuk pemasaran Microsoft untuk Xbox.

Apa pun, ia tidak diketahui sama ada Microsoft akan menjual Xbox Mini Fridge ini, atau menawarkannya kepada beberapa pihak terpilih seperti peti sejuk Xbox tahun lepas.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami