Samsung Galaxy M32 Akan Dilengkapi Skrin Super AMOLED 90Hz, Kuad-Kamera Dan Bateri 6000mAh

Diterbitkan pada Jun 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sehingga kini, Samsung sedia hadir dengan penawaran beberapa model di bawah siri Galaxy-M. Terkini, satu lagi model kelas pertengahan baru di bawah siri yang sama bakal diperkenalkan tidak lama lagi – iaitu Samsung Galaxy M32. Rekaan fizikalnya juga telah diperlihatkan sepenuhnya menerusi laman web rasmi samsung sejak minggu lalu.

Tidak terhenti di situ, ia kini turut dilihat telah tersenarai di laman Amazon India – sekaligus mendedahkan beberapa informasi lain seperti tarikh pelancaran dan spesifikasi utama. Tarikh pelancarn untuk Samsung Galaxy M32 telah dijadualkan bakal berlangsung pada 21 Jun 2021.

Seterusnya, peranti pintar ini juga akan dilengkapi skrin berukuran 6.4-inci Super AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz dan kecerahan 800nits. Kemudian, ia turut mempunyai sistem kuad-kamera di belakang dengan sensor utama 64-Megapixel, kamera swafoto 20-Megapixel dan bateri berkapasiti 6000mAh.

Dalam perkembangan berbeza, terdapat beberapa sumber yang mendakwa harganya telah tertiris awal. Di mana, Samsung Galaxy M32 akan dijual dengan julat harga sekitar Rs. 15,000 (~RM842) untuk seunit.

Sumber : Amazon India

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami