Spesifikasi Penuh OnePlus Nord N200 5G Tertiris – Skrin 90Hz, Cip Snapdragon 480, Bateri 5000mAh

Diterbitkan pada Jun 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus Nord N200 5G merupakan sebuah lagi model baharu daripada OnePlus yang dikhabarkan khusus buat pasaran Amerika kelak. Rekaan fizikalnya juga telah diperlihatkan dalam imej pengolokan tersebar yang menunjukkan penggunaan sistem tri-kamera di belakang. Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada sebarang perkembangan lanjut mengenai tarikh pelancaran peranti.

Meskipun begitu, spesifikasi penuh peranti berkenaan nampaknya telah diperlihatkan terlebih dahulu menerusi ciapan Twitter terkini Evan Blass. Perkongsian ini secara tidak langsung memberi gambaran kasar mengenai penawaran pada peranti berkenaan kelak.

OnePlus Nord N200 5G akan mempunyai bersaiz 6.49-inci IPS LCD dengan kadar segar semula 90Hz. Seterusnya, ia juga akan dipadankan dengan cip Snadragon 480, GPU Adreno 619, memori 4GB RAM LPDDR4x, storan dalaman 256GB dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan 18W.

Untuk tetapan kamera, OnePlus Nord N200 5G akan dibekalkan sensor utama 13-Megapixel, 2-Megapixel untuk makro dan 2-Megapixel untuk monokrom. Kamera swafoto pula sebesar 16-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – Bluetooth 5.1, NFC, pengimbas cap jari sisi, bicu audio 3.5mm, sambungan USB-C dan lain-lain. Dengan ketirisan ini, kita mungkin dapat melihat pengenalannya dalam masa terdekat ini.

Sumber : Evan Blass

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami