Black Shark FunCooler 2 Versi Magnetik Diperkenalkan Untuk Siri iPhone 12

Diterbitkan pada Jun 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Black Shark FunCooler adalah siri aksesori kipas penyejuk daripada Black Shark khusus untuk peranti gaming mereka. Ia juga hadir dengan aplikasi tersendiri untuk kawalan lampu RGB, suhu dan juga kelajuan kipas. Apa yang unik dengan kipas penyejuk Black Shark ini adalah, ia menggunakan sistem penyejukan seakan peti ais untuk kemampuan suhu rendah paling optimum dicapai dengan pantas.

Malah, ia bukan sahaja pantas untuk sejuk – tetapi turut boleh berais jika dibiarkan begitu lama. Aksesori ini menggunakan sistem klip untuk dipasang pada perani dan sudah ada banyak variasi untuknya. Terkini, Black Shark di China baru-baru ini telah melancarkan kipas penyejuk khusus untuk iPhone 12, iaitu Black Shark FunCooler 2 versi magnetik. Ia memanfaatkan sistem MagSafe yang sedia terbina pada kesemua iPhone 12. Black Shark juga menawarkan pelekat magnet untuk ditampal pada peranti-peranti lain, termasuk iPad jika pengguna ingin menyejukkan peranti lain selain daripada iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro atau iPhone 12 Pro Max.

Walau bagaimanapun, Black Shark tidak mendedahkan sama ada aksesori mereka ini adalah sekadar sistem magnetik biasa atau mengikut piawaian aksesori MagSafe yang diiktiraf. Saiz kipas ini juga kecil dan kompak, hanya 73 gram, mempunyai 15 bilah besi-boron dan dikatakan boleh dilekatkan dengan cukup kuat. Harga jualan masih tidak diumumkan lagi, tetapi ia dijangka khusus untuk jualan di China sahaja.

Setakat ini, banyak juga aksesori Black Shark baharu dijual secara rasmi di Malaysia, Black Shark FunCooler 2 turut akan dijual nanti? Sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami