- Kemaskini : RELA telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan hal ini.
Agak mengejutkan ramai pengguna hari ini adalah apabila nama mereka didaftarkan sebagai ahli RELA tanpa sedar. Semakan yang dilakukan oleh kami sendiri, melihat nama tersenarai untuk pendaftaran sejak tahun 2010 yang lepas – walaupun tidak didaftarkan oleh kami sendiri.
Bagi anda sendiri, anda boleh lakukan semakan sama ada anda berdaftar atau sebaliknya melalui laman rasmi RELA hari ini dengan memasukkan nombor MyKad anda.
- Semak : RELA
Melalui komen di laman sosial, pihak RELA mengatakan terdapat pengambilan anggota RELA secara besar-besaran pada tahun 2012, dan terdapat kemungkinan yang mana senarai nama diterima ketiika itu, dan didaftarkan terus ke sistem. Pihak RELA turut memohon maaf atas kekeliruan, dan bersedia membatalkan nama dari dalam sistem dengan memberikan maklumat kepada pihak mereka.
Untuk makluman, RELA atau Jabatan Sukarelawan Malaysia ditubuhkan dalam mentadbir urus kesukarelawan dalam negeri untuk membantu bagi menjamin keselamatan, keamanan, kesejahteraan, keharmonian, kesatuan dan perpaduan rakyat. Penyertaan RELA turut hadir dengan beberapa faedahnya tersendiri.
Bagi anda sendiri, sudahkah anda menyemak? Adakah anda ahli RELA berdaftar?
- Semak : RELA