RELA Akan Melakukan Siasatan Dalaman – Dalam Usaha Melaksanakan Program Pemutihan Anggota Tidak Aktif

Diterbitkan pada Jun 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lanjutan daripada semalam, hari ini Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) kini telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengannya.

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) menegaskan yang mana dakwaan menggunakan data peribadi untuk didaftarkan sebagai anggota RELA secara automatik tanpa kebenaran individu adalah tidak benar.

Menurut RELA, mengikut Seksyen 7(1) Pendaftaran sebagai anggota RELA, Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia (Akta 752) tahun 2012 menyatakan bahawa : “Seseorang orang yang berumur lapan belas tahun dan ke atas yang berupa seorang warganegara dan bukan seorang anggota Angkatan Tentera, atau mana-mana pasukan atau skim sukarelawan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis boleh memohon secara bertulis kepada Ketua Pengarah untuk didaftarkan sebagai anggota RELA.

Manakalah Seksyen 5(1) Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 Peraturan-Peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) 1966 Pindaan 1 Februari 2005 (telah dibatalkan) menyatakan: “Kecuali diperuntukkan kemudiannya, setiap orang lelaki yang telah mencapai umur lapan belas tahun dan orang yang belum mencapai umur 55 tahun hendaklah bertanggungan untuk berkhidmat dalam Ikatan Relawan Rakyat.

RELA mengatakan mereka tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak atau individu yang secara sengaja memproses atau menggunakan data peribadi seseorang bagi tujuan tertentu tanpa mendapat kebenaran individu terbabit.

Rela juga dalam usaha melaksanakan program pemutihan keanggotan di mana anggota yang tidak aktif dan telah mencapai tempoh lima tahun akan ditamatkan keanggotaan. Walaubagaimanapaun, program pemutihan keanggotaan berdasarkan Seksyen 9 Akta ini digantung sementara kerana RELA sedang menumpukan usaha untuk melawan wabak Covid-19.

RELA turut mengingatkan, yang mana individu yang mendapati telah didaftarkan sebagai anggota RELA dan ingin menamatkan keanggotaan sila hubungi talian 03-8870 3770 dan emel [email protected] untuk membatalkan keanggotaan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami