Cari @ Amanz

iQOO merupakan salah satu pengeluar peranti yang sedia menawarkan peranti berspesifikasi tinggi, dan memfokuskan permua pada harga yang kompetitif. Terbaru, selepas dinantikan sekian lama, jenama ini dilihat akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Terbaru, halaman sosial untuk iQOO Malaysia telah pun aktif – termasuk beberapa Facebook Groups dibawahnya. Ia turut menyertakan mesej pelancaran tidak lama lagi untuknya. iQOO sebelum ini telah dilancarkan sebagai sub-jenama untuk VIVO pada tahun 2019 yang lepas. Sejak daripadanya, sejumlah model telah diperkenalkan dengan spesifikasi tinggi dan harga kompetitif – sekaligus membuatkan ramai menantikan pelancarannya untuk pasaran tempatan.

Untuk makluman, paling terbaru, beberapa model sedia diperkenalkan di China, antaranya termasuk iQOO Z3 dan juga iQOO Neo5 Vitality Edition. Ia juga dilihat yang mana iQOO telah beroperasi secara kendiri sebagai syarikat berasingan, dan bukan dibawah Vivo lagii.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut perkembangan berkenaan iQOO dan pelancarannya untuk pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd