Google Workspace Individual Diperkenalkan – Hadir Dengan Spaces, Google Chat, Ciri Kolaborasi Dan Percuma Digunakan

Diterbitkan pada Jun 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oktober tahun lepas, Google menjenamakan semula G Suite kepada Google Workspace. Iaitu platform era baharu untuk pengguna yang bekerja di dalam sesebuah syarikat, mereka yang mempunyai perniagaan dan lain-lain perusahaan. Melaluinya, hampir semua perkhidmatan Google ditambah dengan ciri dan fungsi baharu, ikon baharu serta fungsi kolaborasi untuk memudahkan pengguna berinteraksi antara pasukan atau pekerja lain dalam satu platform.

Google Workspace juga bukanlah perkhidmatan untuk individu dan hanya pentadbir atau wakil syarikat sahaja boleh mengaktifkan fungsi ini untuk kesemua pekerja dan ahli pasukan. Terkini, Google memperkenalkan Google Workspace Idividual. Ciri dan fungsi yang sama, tetapi untuk individu. Pengguna hanya perlu mengaktifkan Google Chat and Meet untuk mula menggunakan perkhidmatan ini.

Apabila sudah diaktifkan, semua orang boleh terus menggunakan Google Chat, menggunakan Spaces untuk kolaborasi dengan pengguna GMail lain, semak kehadiran antara ahli pasukan, integrasi Google Drive untuk kongsi fail bersama, dan banyak lagi dalam hanya satu platform. Buka GMail dan semua perkara ini boleh digunakan dalam satu tab pada pelayar web sahaja.

Kekurangan Gooogle Workspace Individual ini adalah, GMail pengguna masih lagi @gmail.com berbanding platform perusahaan berbayar dengan nama domain tersendiri. Google turut memperkenalkan pelan individu dengan harga mampu milik sekitar RM125, di mana RM50 setahun untuk nama domain (bergantung kepada nama) dan RM75 sebulan untuk Google Workspace. Menurut Google, ia juga akan membantu pemilik perniagaan kecil untuk lebih mudah mengendalikan banyak tugasan, tampil lebih profesional dan boleh melayan pelanggan dengan lebih baik.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami