Cari @ Amanz

Hari ini Razer Raptor 27 baharu telah dilancarkan sebagai monitor komputer pertama yang melepasi piawaian audio THX. Monitor dengan skrin 27″ turut menyokong resolusi QHD yang mampu memaparkan 95% warna DCI-P3 dan VESA HDR400. Bagi peminat permainan video kadar segar semula tinggi 165Hz serta masa tindak basala 1ms turut dibantu dengan sokongan AMD FreeSync dan NVIDIA G-Sync. Ini adalah peningkatan dari model asal Razer Raptor 2019 yang hanya menyokong 144Hz tanpa audio THX.

Kerana ia produk Razer, tidak mengejutkan ia menyokong sistem lampu RGB Razer Chroma yang dikawal menggunakan perisian Razer Synapse 3. Bahagian bingkai dan tapak diperbuat daripada aluminium sementara panel belakang diperbuat daripada bahan fabrik. Bagi yang ingin menggantungkan Raptor 27, sambungan VESA turut boleh dilakukan.

Selain itu pilihan I/O pula ialah HDMI 2.0b, DiplayPort 1.4, USB-C, dan 2x USB-A 3.2 Gen 1. Terdapat alur pada bahagian belakang yang memudahkan pengurusan wayar. Razer Raptor 27 akan mula dijual pada suku ketiga 2021 pada harga $799.99 (~RM3290) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd