Carian
Honor 50 Akan Memasuki Pasaran Malaysia
June 15, 2021 Effi Saharudin

Siri Honor 50 akan dilancarkan pada 16 Jun hadapan. Pada awalnya kedengaran ura-ura ia akan hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja. Tetapi hari ini Honor Malaysia mengesahkan pada hari yang sama pelancaran global turut akan dilakukan. Secara kebiasaannya apabila produk Honor diberikan pelancaran global, Malaysia akan menjadi negara barisan terawal yang menerimanya.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini tiga peranti akan dilancarkan di bawah siri ini iaitu Honor 50, Honor 50 Pro dan Honor 50 SE. Persoalannya adalah mana satu di antara ketiga-tiga peranti ini akan memasuki pasaran Malaysia kerana dengan masalah kekurangan cip global jumlah pengeluaran pastinya terhad.

Honor 50 dan Honor 50 Pro akan dijana dijana cip Snapdragon 778G dan dilengkapi kuad kamera utama 108+8+2+2 MP. Sementara itu Honor 50 SE yang merupakan model paling mampu milik akan dilengkapi cip MediaTek Dimensity 900 dan tri-kamera utama 108+8+2 MP,

Komen