Honor MagicBook X 15 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM2299

Diterbitkan pada Jun 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor MagicBook 15 baru sahaja ditawarkan buat pengguna di Malaysia dengan tanda RM3,699. Tetapi jika anda mahukan pilihan yang lebih murah, Honor Malaysia kini hadir dengan penawaran komputer riba baharu menerusi Honor MagicBook X15. Terdapat dua pilihan varian yang ditawarkan iaitu Intel Core i3-10110U pada harga RM2,299. Manakala, versi Intel Core i5-10210U pula berharga RM2,899.

Bagi yang berminat, sesi pra-tempahan telah dibuka sekarang sehingga 18 Jun 2021. Lebih menarik, setiap pembelian didatangkan dengan sejumlah hadiah percuma menarik bernilai sehingga RM179 untuk pembelian Honor MagicBook X 15 (i3). Manakala, pembelian Honor MagicBook X 15 (i5) pula bakal menerima hadiah bernilai RM218. Pra-tempahan boleh dibuat menerusi laman SenHeng. Sebagai alternatif, anda juga boleh mengakses kedai atas talian Honor Malaysia menerusi aplikasi Whatsapp di talian 010-2688860 (Isnin – Ahad / 9:00 pagi – 9:00 malam).

Untuk spesifikasi khusus, Honor MagicBook X 15 hadir dengan paparan berukuran 15.6-inci dengan resolusi FHD (1920 x 1080 piksel). Paparan ini turut menyokong nisbah skrin-ke-badan sebanyak 87%. Seterusnya, ia turut dipadankan dengan dua pilihan cip pemprosesan – iaitu Intel Core i5-10210U / i3-10110U, memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB PCIe NVME SSD dan bateri 56Wh.

Sumber : Honor Malaysia

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami