Cari @ Amanz

Wootpix iaitu syarikat di bawah Intel yang memfokuskan kepada teknologi pengimejan, baru-baru ini hadir dengan teknologi baharu memfokuskan kepada kemampuan fotografi swafoto. Ia adalah konsep fotografi medan pencahayaan seakan kamera Lytro, di mana fokus pada imej boleh diubah selepas dirakam.

Mengubah fokus bukan sesuatu yang baru, pada banyak peranti sekarang kamera utama sudah pun boleh lakukan perkara ini. Cuma apa yang Wootpix lakukan adalah adalah implementasi pada kamera swafoto. Wootpix bekerjasama dengan PoLight untuk menjayakan projek ini. Mereka telah hadir dengan modul kamera tersendiri dan juga kit perisian untuk digunakan pada sesebuah peranti.

Dengan teknologi yang ditawarkan mereka ini, bukan sahaja imej yang sudah diambil fokusnya boleh diubah. Tetapi pengguna turut boleh mencipta imej 3D seakan yang terbina pada Facebook terus daripada peranti. Walau bagaimanapun, Wootpix dan PoLight tidak menyatakan bilakah teknologi mereka akan ditawarkan kepada pengeluar peranti. Kemudian, adakah kosnya tinggi sehingga menjejaskan harga jualan peranti?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd