Cari @ Amanz

Bulan April lepas, Apple telah memperkenalkan langganan premium untuk podcast melalui Apple Podcasts Subscriptions. Melaluinya, para pengguna akan dapat menikmati penawaran premium – termasuk kandungan eksklusif, mendengar podcast dengan bebas daripada iklan, mengakses sesuatu kandungan lebih awal berbanding lain, dan  menikmati kandungan daripada pelbagai studio utama.

Apple Podcasts Subscriptions sebelum ini laporkan akan tiba pada hari ini, iaitu 15 Jun, dan boleh diakses di 170 buah negara. Hari ini adalah hari tersebut dan pelan langganan mula muncul di beberapa profil pencipta kandungan terpilih. Selain itu Channles juga turut diperkenalkan untuk pencipta kandungan kumpulkan podcast mereka dalam satu kumpulan, termasuk dengan imej kenit tersendiri.

Kemudian setiap pencipta kandungan atau saluran, akan mempunyai harga langganan berbeza. Jika ia adalah saluran dengan pelbagai kandungan mungkin akan mencapai RM21.90 sebulan. Ada juga yang menawarkan pada harga serendah RM3.90 sebulan. Langganan adalah melalui sistem pembayaran Apple, di mana pengguna boleh semak di dalam App Store untuk menguruskannya. Pilihan langganan tahunan turut ditawarkan dengan promosi percuma percubaan seminggu atau sebulan. Harga langganan ditetapkan oleh pencipta kandungan itu sendiri, pada serendah RM0.90 sebulan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd