Realme TechLife Robot Vacuum Dilancarkan Dengan Sensor LiDAR

Diterbitkan pada Jun 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seiring pengenalan Realme GT 5G, jenama ini turut hadir dengan penawaran robot penyedut hampagas tersendiri. Dikenali sebagai Realme TechLife Robot Vacuum, ia dilengkapi sensor LiDAR dengan kemampuan berpusing 360 darjah bagi bergerak bebas tanpa sebarang halangan.

Robot ini boleh dikawal menggunakan aplikasi Realme dengan beberapa mod pembersihan. Selain membersihkan lantai, Realme TechLife Robot Vacuum juga boleh mengemop lantai secara automatik. Akhir sekali robot turut dilengkapi bateri sebesar 5,200 mAh, ruang tempat simpanan sampah berkapasiti sehingga 600 ML dan motor dengan kadar kelajuan sedutan 3,000Pa.

Menurut Realme, motor elektrik yang digunakan mampu membolehkannya berfungsi dengan senyap tanpa mengganggu pemilik yang sedang tidur. Realme Techlife Robot Vacuum dijual pada harga serendah €199 (~RM992) sebuah. Buat masa ini, masih tidak diketahui bilakah robot penyedut hampagas akan dilancarkan untuk pasaran tempatan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami