IKEA dan Sonos Melancarkan Speaker Merangkap Bingkai Gambar

Diterbitkan pada Jun 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kerjasama di antara IKEA dan Sonos menghasilkan siri speaker Symfonisk. Kini keluarga Symfonisk bertambah dengan speaker terkini yang juga merangkap sebagai bingkai gambar. Walaupun dipasarkan sebagai bingkai gambar, hanya penutup hadapan dengan corak boleh ganti ditawarkan. Pengguna tidak boleh meletakkan gambar mereka sendiri.

Setiap pembesar suara mempunyai dua pemandu audio yang membolehkan ia berfungsi secara solo ataupun secara sepasang dengan sebuah lagi bingkai gambar Symfonisk. Kawalan dilakukan menerusi aplikasi Sonos pada peranti pintar Android dan iOS. Kepada pengguna ekosistem Apple, Symfonisk menyokong AirPlay 2.

Walaupun dipasarkan sebagai speaker bingkai gambar, ia boleh juga diletakkan dia atas meja atau disandarkan pada permukaan lantai kerana mempunyai kaki yang boleh dilipat. Beberapa rekanan penutup akan dijual oleh IKEA tetapi penawaran bergantung kepada pasaran. Pembesar suara bingkai gambar Symfonisk ini akan dijual bermula Julai pada harga $199 (~RM820) sebuah.

Sumber IKEA

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami