Cari @ Amanz

Windows 11 merupakan sistem operasi yang kini sedang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia. Fail sistem operasi berkenaan telah pun tertiris ke arena web pada awal pagi ini, sekaligus memperlihatkan sejumlah perkara yang akan dibawakan olehnya.

Windows 11 (melalui Neowin)

Menariknya, bersama-sama dengan ketirisan ini, ia turut memperlihatkan bahagian tetapan yang membawa kepada sokongan kekunci produk Windows sedia ada – sekaligus memperlihatkan ia akan ditawarkan sebagai naik-taraf percuma kepada pengguna Windows sedia ada.

Sekiranya benar, maka pengguna Windows 7, Windows 8.1 dan Windows 10 boleh menikmati naik-taraf ke sistem operasi ini secara percuma – sekaligus menikmati sejumlah ciri baharu yang dibawakan olehnya.

Microsoft sendiri sebelum ini menawarkan Windows 10 sebagai naik-taraf percuma, dan menyediakan kemaskini demi kemaskini secara percuma kepada pengguna sedia ada. Tidak mustahil untuk kita melihat perkara berkenaan diteruskan melalui Windows 11.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi pihak Microsoft berkaitan perkara ini pada minggu hadapan – dan berharap agar ia ditawarkan secara percuma kepada pengguna sistem operasi Windows sedia ada.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd