Fon Telinga Honor Earbuds 2 SE Dilancarkan Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 32 Jam

Diterbitkan pada Jun 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selain daripada peranti pintar, Honor turut mengemaskini rangkaian aksesori audio menerusi pengenalan Honor Earbuds 2 SE. Jelas kelihatan, fon telinga ini mempunyai rekaan fizikal yang mirip seperti Huawei FreeBuds 4i. Namun begitu, terdapat perbezaan ketara untuk rekaan pada pod pengecas.

Melaluinya, Honor Earbuds 2 SE menampilkan gabungan rekaan fon jenis dalam telinga bertangkai bersama pod pengecas yang berbentuk segi empat. Seterusnya, ia juga dilengkapi sepasang pemandu audio bersaiz 10mm, di samping dua mikrofon yang mampu mengurangkan hingar untuk sokongan panggilan lebih baik. Fon telinga ini turut boleh dipadankan dengan peranti Honor 50 untuk rakaman video bersama audio lebih baik.

Honor Earbuds 2 SE turut disertakan sejumlah spesifikasi menarik lain – seperti sokongan Transparency Mode, tambatan pantas menerusi Bluetooth 5.2 dan sokongan kawalan sesentuh. Bateri yang disertakan mampu beroperasi sehingga 32 jam. Melaluinya, ia juga dikatakan menjanjikan masa main balik dengan ketahanan maksima sehingga 10 jam. Untuk harga, Honor Earbuds 2 SE dijual pada RMB469 (~RM302) untuk seunit.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami