Cari @ Amanz

Honor hari ini mengadakan acara rasmi mereka memperkenalkan telefon pintar dibawah siri Honor 50. Sebanyak tiga telefon pintar diperkenalkan dibawah siri ini.

Menariknya, bersama-sama pengenalan telefon pintar ini, Honor turut mengesahkan yang mana akhirnya Honor akan menyertakan kembali sokongan Google Mobile Services pada peranti mereka.

Dengan langkah ini, pengguna akan dapat menggunakan sejumlah aplikasi tanpa masalah, selain turut memuat-turun aplikasi melalui Google Play Store – dan menggunakan ciri tambahan yang ditawarkan Google seperti salinan pendua data, gambar, serta sebagainya.

Melalui kommen yang dikeluarkan, Honor mengatakan peranti mereka akan melalui persijilan oleh Google, sekaligus akan mempunyai pilihan pemasangan GMS pada peranti, berdasarkan kepada pelesenan pihak Google.

Dengan langkah ini, peranti Honor 50 dan Honor 50 Pro baharu akan dilengkapi dengan GMS.

Sebelum ini, Honor telah disenarai-hitamkan ketika beroperasi dibawah Huawei – disebabkan perintah larangan dagangan oleh kerajaan Amerika Syarikat. Apa pun, sejak daripada itu, Honor telah diasingkan kepada syarikat berasingan dan bebas daripada Huawei. Selain sokongan Google, Honor juga dilihat menggunakan cip Snapdragon pada peranti keluaran terbaru mereka.

Bersama-sama pengumuman peranti baharu, Honor juga mengesahkan peranti ini akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd