Satya Nadella Dilantik Sebagai Pengerusi Microsoft

Diterbitkan pada Jun 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ketua pengarah eksekutif Microsoft Satya Nadella kini dilantik pula sebagai pengerusi syarikat. Sejak mengambil alij jawatan ketua pengarah eksekutif dari Steve Ballmer, Nadella berjaya mengubah haluan syarikat dengan imej yang tercalar berjaya dipulihkan.

Di bawah pimpinan beliau produk yang tidak menguntungkan seperti Zune dan Windows Phone telah dihentikan. Tumpuan kemudian diberikan kepada perkhidmatan awanan dan perkhidmatan langganan perisian seperti Microsoft Office. Hasilnya Microsoft adalah sebahagian kecil syarikat yang berjaya mencecah nilai pasaran $1 trilion.

Sumber Microsoft

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami