Facebook Menguji Ciri Pengiklanan Pada Set Realiti Maya Oculus

Diterbitkan pada Jun 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Adalah sukar untuk melarikan diri dari iklan. Cara yang perlu dilakukan untuk mengelakkannya ialah membayar langganan secara bulanan. Satu lagi produk yang akan menjadi pendapatan menerusi pengiklanan ialah set realiti maya Oculus oleh Facebook.

Oculus mengumumkan mereka kini sedang melakukan ujian pengiklanan pada set realiti maya mereka dalam masa beberapa minggu lalu. Ujian akan dilakukan dengan bantuan beberapa pembangun bagi memberikan pengalaman pengiklanan yang lebih baik dapat diberikan sekaligus membolehkan pendapatan dijana. Ini adalah pelan masa panjang untuk memastikan platform dapat beroperasi secara kendiri.

Pengiklanan ialah isu yang cukup sensitif kepada Facebook sekarang kerana pelbagai ciri menghalang penjejakan iklan telah mula digunakan. Apple mengambil langkah awal memperkenalkan app tracking tranparency sehingga dituduh mengancam perniagaan kecil yang bergantung kepada platform pengiklanan Facebook.

Sumber Oculus

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami