Huawei Mate 50 Mungkin Tidak Dilancarkan Tahun Ini

Diterbitkan pada Jun 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Richard Yu, ketua pegawai eksekutif Huawei berkata pelancaran Huawei P50 tahun ini mengalami kelewatan kerana kesukaran syarikat mendapatkan komponen yang diperlukan bagi menghasilkan peranti mercu yang memang dinantikan ini. Jadi dengan tiada lagi tarikh bila ia akan dilancarkan, kedengaran pula ura-ura Huawei Mate 50 tidak akan muncul tahun ini.

Dengan syarikat sukar mendapatkan komponen yang diperlukan untuk P50, isu yang sama turut akan dihadapi oleh Mate 50. Oleh sebab itu peminat siri Mate perlu berputih mata tahun ini. Isu kekurangan komponen bukan sahaja dihadapi oleh Huawei tetapi syarikat pengeluar yang lain. Ia menjadi antara faktor mengapa siri Galaxy Note tidak dilancarkan tahun ini.

Sumber Notebookcheck

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami