(Tutorial) Bagaimana Mengaktifkan Google Chat Dan Rooms Pada GMail

Diterbitkan pada Jun 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apabila kita semua mula bekerja dari rumah atau belajar dari rumah, kerjasama antara rakan menjadi semakin sukar kerana masing-masing berada di lokasi yang jauh dan berbeza. Mesyuarat semuanya boleh dilakukan dengan perkhidmatan telesidang, tetapi tugasan lain pula bagaimana? Disebabkan itu, wujudnya aplikasi seperti Slack, Trello, Microsoft Teams dan banyak lagi untuk memudahkan kolaborasi antara rakan. Tetapi apabila ada banyak aplikasi, ia menjadi semakin leceh kerana perlu buka itu, buka ini, dan pelbagai lagi.

Buat pertama kalinya, Google membawakan ciri Google Workspace kepada pengguna individu dengan memperkenalkan Google Workspace Individual. Melaluinya, banyak perkhidmatan berbayar mereka yang terhad kepada pengguna perusahaan ditawarkan kepada umum. Sudah tentu, apabila percuma akan ada hadnya. Artikel ini saya akan membantu anda semua untuk mengaktifkan Google Chat dan Google Rooms terus daripada aplikasi atau web GMail. Melaluinya anda boleh lakukan pelbagai tugasan secara setempat tanpa membuka atau menggunakan banyak aplikasi.


Google Chat adalah penjenamaan semula kepada Google Hangouts yang sudah tersedia dalam GMail. Ia adalah aplikasi perbualan antara rakan. Ia lebih kepada ruangan tidak rasmi untuk bersembang, berjenaka, ajak makan dan sebagainya. Google Rooms pula lebih kepada ruangan kerja. Rooms boleh ada nama tersendiri, pengguna boleh keluar dan masuk, dalam Rooms boleh buat lagi satu Rooms, berkongsi fail, merancang projek dan pelbagai tugasan lain lagi.

Cara Mengaktifkannya Pada Aplikasi

  1. Buka GMail dan pergi ke Settings.
  2. Pilih akaun emel mana yang anda ingin aktifkan ciri dan fungsi ini.
  3. Di bahagian General, akan ada Chat dengan deskripsi Show the Chat and Rooms tabs dan tandakannya.
  4. Akan ada tetingkap terapung muncul, tekan OK.
  5. Untuk lebih mudah dan selamat, buang aplikasi GMail dari Recent Apps dan buka semula.
  6. Akan ada mesej jemputan terpapar dan bahagian bawah GMail akan ada empat ikon.
  7. Setiap ikon adalah ruangan tersendiri untuk emel, perbualan, Rooms dan juga Google Meet.

Cara Mengaktifkannya Pada Web

  1. Buka GMail di pelayar web kegemaran anda dan tekan ikon gear.
  2. Tekan See all settings.
  3. Pilih Chat and Meet.
  4. Tekan Google Chat.
  5. Di sisi GMail bahagian peti masuk, Google Hangouts aka digantikan dengan Chat dan di bawahnya pula akan ada Rooms.

Untuk memulakan Chat atau Rooms pada aplikasi atau web, tekan ikon Chat atau pergi ke bahagian Rooms dan tekan New Chat atau tekan ikon ambah “+”.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami