Ujian Rangkaian 6G Samsung Berjaya Mencecah Kelajuan 6.2 Gbps

Diterbitkan pada Jun 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Malaysia dijangka mula menawarkan rangkaian 5G komersial pada penghujung 2021 atau awal 2022. Pengenalan rangkaian 5G di Malaysia terjejas kerana wabak sehingga peranti 5G telah dilancarkan tetapi tidak mampu menggunakannya. Sedang kita masih sedang merancang, Samsung telah memulakan ujian untuk rangkaian 6G dan kelajuan yang dicapai kini melepasi kelajuan 5G.

Samsung melakukan ujian 6G dengan kerjasama University of California, Santa Barbara. Kelajuan muat turun tertinggi yang dicapai ialah 6.2 Gbps. Ini adalah masih lebih rendah berbanding kelajuan teoretikal 5G yang sepatutnya mencecah 10 Gbps. Namun begitu kelajuan 5G komersial yang ditawarkan pada waktu ini adalah sekitar 2 Gbps. Rekod dunia 5G pada waktu ini dipegang oleh Nokia dengan kelajuan mencecah 4.7 Gbps.

Teknologi ini masih lagi sedang dibangunkan dan ujian yang dilakukan ini hanya mempunyai jarak lingkungan rangkaian sekitar 15 meter sahaja. Selain ujian kelajuan, ujian frekuensi Terahertz juga dilakukan untuk melihat kebolehannya. Secara teorinya lebih tinggi frekuensi, semakin pantas kelajuan Internet boleh dinikmati tetapi luasa kawasan yang boleh dilitupi akan berkurangan.

Korea Selatan mempunyai perancangan melancarkan rangkaian 6G merekan menjelang 2026. Oleh itu masih terdapat banyak masa untuk merealisasikan impian kelajuan yang mencecah 1 Tbps.

Sumber Samsung

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami