Cari @ Amanz

Tiada ColorOS – OnePlus Akan Kekal Menggunakan OxygenOS Untuk Peranti Global

Oleh Aman

Link Copied!

OnePlus semalam telah mengumumkan bakal bergabung dengan OPPO dibawah satu entiti – sekaligus menjimatkan kos, dan menjadikan mereka lebih efisien.

Perkara ini sekaligus membawa kepada pertanyaan, sama ada OnePlus akan menggunakan perisian sama seperti Oppo, iaitu ColorOS atau sebaliknya.

Menjawab mengenainya, Pete, CEO OnePlus mengatakan mereka kekal akan menggunakan OxygenOS untuk peranti OnePlus di luar China.

Sebelum ini, ramai mengemarkan OxygenOS kerana menawarkan pengalaman hampir menyerupai Android asli tanpa penambahan antaramuka yang drastik – sekaligus menjadikannya salah satu sebab utama kenapa pengguna memilih peranti berkenaan.

Sama-sama kita berharap agar keputusan ini kekal dan tidak berubah dalam masa akan datang.


Komen ()