Shazam merupakan salah satu aplikasi yang popular dikalangan ramai pengguna dan digunakan untuk mengenal-pasti sesuatu lagu dengan mudah. Ia telah diasaskan pada tahun 2002, seterusnya diambil-alih oleh Apple pada tahun 2017 yang lepas pada nilai mencapai RM1.6 bilion.
Bagi yang tidak mengenali akan Shazam, ia merupakan sebuah aplikasi yang membolehkan anda menggunakannya dalam mengenal-pasti tajuk sesuatu lagu yang sedang bermain. Ia ditawarkan dalam aplikasi Android dan iPhone.
Kini, hari ini Apple mengumumkan yang mana Shazam mengenal-pasti lebih 1 bilion lagu pada setiap bulan dalam mengenal-pasti lagu yang dimainkan.
Sejak diperkenalkan, ia juga kini telah mengenal-pasti lebih 50 bilion lagu. Menurut Apple, sehingga kini, lagu paling popular yang di-“Shazam” adalah Dance Monkey.
- Muat-Turun Shazam untuk Android
- Muat-Turun Shazam untuk iPhone