Mate 40 Pro, Mate 40E dan Nova 8 Pro Dilancarkan Semula Dengan HarmonyOS

Diterbitkan pada Jun 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan sistem operasi kendiri, Huawei kini bebas melakukan apa yang mereka mahukan kepada antaramuka peranti tanpa kekangan yang ditetapkan oleh garis panduan Google. Dengan pelancaran HarmonyOS 2 beberapa minggu lalu, Huawei melancarkan juga semula peranti Mate 40 Pro, Mate 40E dan Nova 8 Pro di Cina dengan sistem operasi ini.

Tiada perubahan dilakukan pada spesifikasi peranti ini cuma tiada sokongan rangkaian 5G. Ini mungkin berkait rapat dengan masalah Huawei mendapatkan komponen akibat halangan perdagangan yang dikenakan Amerika Syarikat. Ini juga penyebab mengapa Huawei P50 ditunda pelancarannya. Buat masa ini ketiga-tiga peranti hanya akan ditawarkan di China sahaja. Sementara itu peranti sedia ada akan menerima HarmonyOS 2 dalam masa terdekat.

Sumber Gizmochina

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami