Carian
Spotify Mengambi Alih Podz – Syarikat Menyarankan Podcast Menggunakan Pembelajaran Mesin
June 18, 2021 Effi Saharudin

Bermula dengan perang penstriman muzik, kita kini dapat melihat perang platform penstriman podcast. Sebagai antara platform dengan jumlah podcast yang besar, Spotify meningkatkan lagi usaha mereka dengan mengambil alih Podz. Podz mempunyai kepakaran memberikan saranan podcast kepada pendengar menggunakan pembelajaran mesin.

Klip pendek menarik dari podcast boleh dipotong oleh Pods sebelum diberikan kepada pengguna yang mungkin berminat untuk mendengar. Spotify kini menempatkan 2.6 juta podcast pada platform mereka dan dengan Podz proses menyarankan kandungan kepada pendengar akan menjadi lebih tepat.

Spotify perlu menggandakan usaha mereka kerana Apple sudah mula menawarkan perkhidmatan Apple Podcast berbayar minggu ini. Isu kami dengan Spotify pada waktu ini bukanlah sukar mencari kandungan tetapi terlalu banyak pepijat. Podcast yang telah didengari masih disarankan beberapa kali.

Sumber Spotify

Komen