Petronas Dilaporkan Ingin Mendapatkan Lesen Bank Digital Di Malaysia

Diterbitkan pada Jun 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Petronas merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi untuk pengguna tempatan. Syarikat yang memfokuskan minyak dan gas ini, kini turut dilaporkan berhasrat untuk mendapatkan lesen bank digital di Malaysia.

Sebelum ini, Bank Negara Malaysia sedia mengatakan sebanyak lima lesen bank digital ini akan dikeluarkan pada 2022 kelak, dan tahun ini memperlihatkan sejumlah syarikat membida untuk mendapatkan lesen berkenaan. BNM dijangka akan menutup bidaan ini pada penghujung bulan Jun ini.

Petronas dikatakan sedang melihat untuk fokus terhadap perbankan digital Islamik, dan mungkin bekerjasama dengan salah satu instisusi kewangan.

Selain Petronas, beberapa pihak lain turut dijangka dilaporkan turut berminat untuk mendapatkan lesen bank digital di Malaysia, termasuk antaranya adalah Grab, Sea (Shopee), dan sebelum ini Axiata sedia mengumumkan hasrat mereka bersama RHB.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami