Acer Enduro Urban N3 Dengan CPU Intel Tiger Lake Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM2,999

Diterbitkan pada Jun 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebelum ini, Acer Malaysia sedia hadir dengan penawaran beberapa produk di bawah siri Enduro menerusi pengenalan Acer Enduro T1 Rugged Tablet dan Acer Enduro N3 Rugged Notebook. Terkini, mereka memperluaskan lagi siri berkenaan dengan model baharu iaitu Acer Enduro Urban N3 dengan CPU Intel Tiger Lake.

Terdapat dua pilihan varian yang ditawarkan iaitu Intel Core i5-1135G7 pada harga RM2,299. Manakala, versi Intel Core i7-1165G7 pula berharga RM3,699. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi sejumlah platform berbeza seperti kedai atas talian Acer, Lazada dan Shopee bermula hari ini.

Untuk spesifikasi khusus, Acer Enduro Urban N3 hadir dengan paparan berukuran 14-inci IPS dengan resolusi FHD (1920 x 1080 piksel) dengan nisbah aspek 16:9. Seterusnya, ia turut dipadankan dengan dua pilihan cip pemprosesan dan memori – iaitu Intel Core 5-1135G7 dengan RAM 4GB. Sementara itu, versi Intel Core i7-1165G7 pula menawarkan RAM sebesar 8GB. Namun begitu, kedua-duanya mempunyai saiz storan dalaman yang sama iaitu 512 GB PCIe dan bateri sebesar 48Wh. Spesifikasi lain termasuklah – Bluetooth 5.1, pelindungan IP53 dan banyak lagi.

Sumber : Acer Malaysia

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami