Snapchat Menawarkan Penuras Khas Mengubah Wajah Anda Menjadi Kartun 3D

Diterbitkan pada Jun 18, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Baru-baru ini, kita telah melihat populariti aplikasi Voila AI Artist yang mengubah gambar anda kepada bentuk kartun 3D. Ia menggunakan gambar statik, dan mengambil sedikit masa sebelum ia menghasilkan watak kartun 3D anda tersendiri.

Tetapi, bagaimana sekiranya anda boleh melakukan perkara sama secara masa-nyata menggunakan kamera, selain turut merakamkan video kartun 3D anda tersendiri?

Snapchat kini memudahkan perkara ini melalui penuras khas mereka terbaru, dinamakan Cartoon 3D Style.

Melaluinya, anda boleh menambah penuras khas yang mengubah wajah anda berbentuk kartun 3D seperti pada filem animasi Disney. Seterusnya, anda turut boleh merakamkan video dan berkongsi ia ke laman sosial.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Snapchat hari ini, dan menggunakan penuras Cartoon 3D Style ini.

Snapchat : Cartoon 3D Style

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami