Broadband Lite 1Mbps – Pakej Internet Daripada TM Dengan Kelajuan 1Mbps, Had Kuota 1GB Pada Harga RM38 Sebulan

Diterbitkan pada Jun 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .
Kemaskini : Telekom Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi, mengatakan pelan ini adalah pelan sejak 2015 yang lepas, dan bukannya pengenalan yang baharu.

Pihak Telekom Malaysia, ada kalanya berkongsi sejumlah pengumuman melalui forum rasmi mereka, Unifi Community. Terbaru, melalui forum berkenaan, kini ia dilihat pakej Broadband Lite 1 Mbps dikongsikan kembali.

Untuk makluman, pakej ini telah ditawarkan beberapa tahun lepas, tetapi walaupun ramai yang memerlukan akses internet berkelajuan tinggi, TM masih mengekalkan pakej ini sehingga hari ini. Melalui laman Broadband Lite 1Mbps, kali terakhir ia dikemaskini dilihat pada 2018 lepas.

Dinamakan Broadband Lite 1Mbps, pakej ini menawarkan akses muat-turun berkelajuan 1Mbps, dan muat-naik 384Kbps. Apa pun, agak mengecewakan kerana ia dihadkan kepada had kuota 1GB setiap bulan.

Penggunaan melangkaui kuota berkenaan akan dihadkan kepada kelajuan 128Kbps selepas itu, dan hanya akan diperbaharui pada bulan seterusnya.

Pakej ini ditawarkan pada harga RM38 sebulan, dan hadir dengan kontrak 12 bulan. Pengguna juga perlu mempunyai talian tetap sedia ada sebelum dapat melanggannya.

Melalui perkongsian pakej ini di Unifi Community, ia turut ditekankan yang mana pakej ini bukan untuk semua. Sebaliknya ia dilihat untuk mereka yang jarang menggunakan internet.

Bagi kami sendiri, walaupun ia ditujukan kepada pengguna yang jarang menggunakan internet – tetapi mungkin TM boleh hadir dengan pakej lebih baik kepada pengguna. Pada hari ini, terdapat sejumlah pakej mudah-alih yang menawarkan penawaran lebih baik pada harga berkenaan dan semestinya TM boleh menawarkan pakej lebih baik, apatah lagi ia ditujukan kepada pelanggan TM sedia ada dengan pelan talian tetap di rumah.

Kemaskini : Telekom Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi, mengatakan pelan ini adalah pelan sejak 2015 yang lepas, dan bukannya pengenalan yang baharu.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami