Ini Penjelasan TM Berkenaan Kontroversi Pakej Broadband Lite 1Mbps

Diterbitkan pada Jun 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lanjutan daripada laporan Amanz semalam berkaitan dengan pakej internet Broadband Lite 1Mbps, hari ini pihak Telekom Malaysia telah mengeluarkan komen berkaitan perkara berkenaan.

Streamyx

Menurut TM, pelan Broadband Lite 1Mbps telah diperkenalkan pada tahun 2015 yang lepas – dan bukan sesuatu yang baharu. Baru-baru ini, pihak TM telah mengemaskini pautan, dan ia sekadar itu sahaja – dan bukannya pengenalan pelan yang baharu.

TM turut mengatakan pada 2015 yang lepas, ia telah diperkenalkan untuk pengguna “ringan” atau jarang memerlukan internet di kawasan yang diliputi rangkaian Streamyx. Apa pun, dengan perluasan sokongan fiber, pelan Streamyx akan dimatikan secara berperingkat.

TM turut menekankan mereka mempunyai dua pelan lain untuk pengguna – iaitu secara prabayar – iaitu #BEBAS, selain juga pascabayar.

Dibawah pelan pascabayar, Unifi Mobile 39 menawarkan kuota 5GB, panggilan 50 minit, tanpa kontrak pada langganan RM39 sebulan. Namun, pengguna boleh mendapatkan subsidi sebanyak RM15 melalui Jaringan Prihatin – dan menikmati pelan ini pada harga RM24 sebulan untuk 12 bulan, serta hadir dengan data tambahan 30GB LTE untuk 12 bulan.

Telekom Malaysia turut meminta maaf atas kekeliruan, dan menekankan yang mana Broadband Lite 1Mbps ini bukanlah sebuah pengenalan pelan yang baharu.

Pada masa yang sama, TM dan Unifi turut mengatakan meraka dalam proses menyemak kembali penawaran untuk memenuhi permintaan pelanggan serta pasaran, dan akan mengemaskininya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami