Syarikat Induk Shopee Dilaporkan Berhasrat Mendapatkan Lesen Bank Digital Di Malaysia

Diterbitkan pada Jun 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Syarikat induk disebalik Shopee, iaitu SEA kini turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan lesen bank digital di Malaysia.

Untuk makluman, Shopee merupakan laman edagang yang popular di Malaysia, dan turut mempunyai penawaran khidmat dompet digital tersendiri dinamakan ShopeePay. Selain kemudahan pembayaran digital, ShopeePay juga telah menyokong DuitNowQR serta membolehkan pembayaran di kedai-kedai fizikal.

Terbaru, mereka juga dilihat ingin mendapatkan lesen bank digital di Malaysia – sekaligus akan membolehkan orang ramai membuka akaun simpanan, selain turut menawarkan khidmat pinjaman dan sebagainya.

Sebelum ini, Sea sedia menerima lesen bank digital di Singapura pada penghujung 2020 lepas.

Di Malaysia, lesen bank digital dijangka ditawarkan pada tahun hadapan, dimana sebanyak lima lesen dijangka dikeluarkan. Pelbagai syarikat ingin mendapatkannya, termasuk Petronas, YTL, Axiata, dan yang lain.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami