Cari @ Amanz

Bateri ialah komponen paling penting pada sesebuah telefon pintar. Tanpa caj dalam bateri peranti paling berkuasa sekalipun hanya layak menjadi penyendal pintu. Jika kerosakan pula berlaku pada bateri, telefon pintar boleh berubah pula menjadi bom tangan. Satu isu yang jarang dibincangkan pengguna ialah tahap kesihatan bateri peranti mereka.

Xiaomi kini dilaporkan sedang menguji ciri memaparkan tahap kesihatan bateri. Ciri Xiaomi Battery Health telah diberikan pada Redmi Note 10. Pengguna boleh melihat tahap kesihatan bateri selepa dicas berkali-kali. Lebih tinggi peratus kesihatan bateri, lebih banyak caj boleh disimpan mengikuti kapasiti asal yang diiklankan. Xiaomi akan memberikan ciri ini kepada beberapa lagi peranti kelas mercu dan pertengahan dalam masa terdekat.

Dengan pengecasan pantas menyebabkan hayat bateri terjejas, ciri ini telah lama diminta pengguna Android. Ia telahpun ditawarkan di iOS sejak beberapa tahun yang lalu bagi memudahkan pengguna menggantikan bateri yang tidak lagi mampu menawarkan prestasi kuasa optimum sehingga peranti perlu diperlahankan.

Sumber Gizmochina

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd