- Info
- Kemaskini : Astro telah mengeluarkan komen rasmi mengatakan masalah disebabkan oleh satelit. Sejumlah saluran dikatakan telah mula kembali beroperasi seperti biasa.
Astro kini mengumumkan yang mana sejumlah pelanggan kini menghadapi masalah teknikal, membuatkan mereka tidak boleh menonton sejumlah saluran disebabkan oleh masalah teknikal.

Daripada semakan kami sendiri, ia memaparkan mesej pada kaca televisyen meminta pengguna menonton ia secara atas-talian. Untuk saluran yang terkesan, Astro memaparkan mesej “Service currently not available (SCNA)”
Memandangkan terdapat masalah mengakses saluran melalui kaca televisyen, Astro meminta pengguna menggunakan aplikasi Astro Go untuk sementara waktu.