Astro : Masalah Teknikal Dihadapi Kerana Gangguan Pada Satelit
Aman
Astro pada hari ini menghadapi masalah untuk diakses melalui televisyen, dan pihak Astro meminta pengguna untuk mengaksesnya melalui aplikasi mudah-alih buat sementara waktu.

Lanjutan daripadanya, kini Astro mengatakan masalah teknikal ini dihadapi disebabkan oleh penyedia perkhidmatan satelit yang mengalami gangguan. Ini sekaligus membuatkan pancaran untuk beberapa saluran tidak berjalan dengan lancar.
Melalui kenyataan pihak Astro kepada Amanz, mereka mengatakan sejumlah saluran telah boleh diakses, dan mereka sedang bergiat dalam mengaktifkan saluran yang lain.
Pengguna juga diminta untuk menggunakan Astro GO untuk saluran yang tidak boleh diakses buat sementara waktu. Astro meminta maaf atas masalah ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.