MySejahtera Kini Membuka Pendaftaran Remaja 12 tahun Ke Atas Untuk Menerima Suntikan Vaksin

Diterbitkan pada Jun 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Minggu lalu Kementerian Kesihatan Malaysia memberikan kebenaran suntikan vaksin diberikan kepada remaja berusia 12 tahun dan ke atas. Suntikan yang bakal diberikan menerusi fasa kelima Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kelak. Hari ini ibu bapa dan penjaga remaja berusia 12 tahun ke atas sudah boleh melakukan pendaftaran menerima vaksin menerusi aplikasi MySejahtera.

Pendaftaran boleh dilakukan menerusi tab Vaksinasi sebelum memilih Tambah Tanggungan Vaksinasi. Proses mendaftar adalah sama seperti mendaftarkan ibu bapa yang disokong MySejahtera sebelum ini. Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin, remaja berusia 12 tahun ke atas akan diberikan suntikan vaksin Cominarty oleh Pfizer BioNTech kerana ia satu-satunya yang menerima kelulusan setakat ini. Vaksin yang sama didapati berkesan menghalang jangkitan Covid-19 dalam ujian yang telah dilakukan di Amerika Syarikat.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami